Siroh

KEAJAIBAN DUNIA KETIKA RASULULLAH SAW DILAHIRKAN

Posted on


Lazada Indonesia

Bismillahir-Rahmaanir-Rahim … Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.

Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahwa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.

Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan saja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas.

Irhas bermaksud satu kejadian luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada seorang nabi

Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini karena masih banyak lagi rahasia yang belum terungkap.

Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bundanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.

Kehamilannya disadari melalui berita dari malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.

Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.

Tanah-tanah disekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga hewan-hewan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentara bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentara bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.

Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.

Lazada Indonesia

Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.

Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata “Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.”

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi derajatnya daripada Nabi Isa dan Musa.

Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.

Semasa baginda dilahirkan, bundanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria.

Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.

Kemudian bundanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan “Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik”.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhalayang terdapat di situ mengalami kerusakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, “Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, “telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhalaini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.”

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.

Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.

Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.

Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.

… Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati kita yang telah lama terkunci

Lazada Indonesia

Saat Terakhir Rasulullah Saw Menghadapi Sakaratul Maut

Posted on Updated on


Lazada Indonesia

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.

Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbata-bata dan terbatas memberikan khutbah,

“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan

bertakwalah kepadaNya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur’an dan sunnahku. Barang

siapa mencintai sunnahku, berarti ia mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan

masuk syurga bersama-samaku”.

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang, dan menatap para

sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca. Umar dadanya naik turun menahan nafas dan

tangisnya. Usman menghela nafas panjang. Lalu Ali , ia menundukkan kepalanya dalam-dalam.

Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat,

tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap tubuh Rasulullah yang berjalan limbung, lemah

dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalaulah mampu, mereka, seluruh sahabat yang

hadir di sana , pasti akan berusaha menahan agar berhenti detik-detik yang berlalu.

Matahari kian tinggi. Pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Di dalamnya, Rasulullah terbaring lemah.

Keningnya berkeringat membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seseorang berseru, mengucapkan salam dan berkata:  “Bolehkah

saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk.

Lazada Indonesia“Maafkan aku, ayahku sedang sakit. Ia demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada

Fatimah, “Siapakah itu, wahai anakku?”

“Tak tahulah aku, ayah. Orang itu sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu,

Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi

bahagian wajah anaknya itu hendak dikenangnya.

“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara. Dialah yang memisahkan pertemuan didunia. Dialah malaikatul maut itu,” kata Rasulullah.

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.Malaikat maut datang menghampiri beliau. Tetapi Rasulullah

menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian malaikat maut memanggil Jibril

yang sebelumnya sudah bersiap-siap di atas langit dunia untuk menyambut ruh kekasih Allah dan

penghulu dunia itu.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

“Pintu-pintu langit telah terbuka. Para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti

kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi jawaban itu ternyata tidak membuat Rasulullah lega. Terlihat matanya masih penuh kecemasan.

 “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. Kemudian Rasulullah bertanya, “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”

 “Jangan khawatir, wahai Rasul Allah. Aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:
‘Kuharamkan syurgaKu bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada terlebih dahulu di dalamnya,”

kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat. Tibalah saatnya Izrail melaksanakan tugas. Perlahan, ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh. Urat-urat lehernya menegang.

“Jibril, betapa sakitnya sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam. Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

“Jijikkah engkau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu, Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

“Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajalnya,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik karena merasakan sakit yang tidak tertahankan lagi.

“Ya Allah, dahsyat nian maut ini’, seru Rasulullah. “Timpakan saja semua siksaan maut ini kepadaku. Jangan kepada umatku”, ujar Rasulullah lagi.

Badan Rasulullah mulai dingin. Kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar, seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya “Uushiikum bish shalaati, wa maa malakat aimaanukum”

(Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu).

Lazada Indonesia

Di luar pintu, tangis mulai terdengar bersahutan. Sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan

di wajahnya. Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

“Ummatii, ummatii, ummatiii?” (Umatku, umatku, umatku). Itu seruan terakhir Rasulullah.

Dan berakhirlah hidup manusia paling mulia itu, yang memberi sinaran pada manusia.

MasyaAllah, pun dalam kondisi sakaratul maut menjemput, beliau masih mencamaskan keadaan umatnya kelak. Kini, mampukah kita mencintainya seperti beliau mencintai umatnya?

Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa sallim ‘alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Gubernur yg Zuhud Yang Menjadi Kuli Di Pasar

Posted on Updated on


Di antara sejumlah peperangan yang paling dahsyat adalah Perang Khandaq. Kala itu kaum Yahudi Madinah melakukan persekongkolan dengan musyrikin Makkah yang terdiri atas berbagai golongan, dan bergabung menjadi satu untuk menghancurkan umat Islam di Madinah.Blokade dilakukan oleh tentara gabungan itu, didukung dengan sabotase dari dalam oleh orang-orang Yahudi. Umat Madinah sudah mulai dihinggapi kelelahan dan putus asa, kelaparan dan kehilangan semangat, sementara setiap saat tentara musuh bakal menyerbu dengan sengit.

Dalam kekalutan itulah muncul sebuah nama ke permukaan, nama yang tadinya tidak terlalu diperhitungkan milik seorang Read the rest of this entry »